Followers

Powered by Blogger.
RSS

Ayam Masak Merah




Ayam Masak Merah merupakan satu jenis hidangan yang popular di kalangan masyarakat Melayu. Ianya memang lazat sekali. Hidangan ini menjadi pelengkap dalam sesuatu majlis seperti kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Jadi, apa tunggu lagi. Memang cukup mudah untuk disediakan. Dapatkan resepi Ayam Masak Merah dengan segera. Selamat Mencuba!!!
     
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam
Sedikit lengkuas
5 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai 10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 sm halia
½ tin tomato puri
2 camca kecil jintan manis, digiling
2 camca kecil jintan putih, digiling
Sedikit cili kering

Cara: Ayam dipotong sesuka hati kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak. Serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus kemudian campurkan dengan bahan giling tadi. Panaskan minyak bekas menggoreng ayam tadi dan tumislah bahan-bahan yang telah digiling tadi. 

Setelah itu masukkan tomato puri, gula, garam dan air asam jawa sambil dikacau hingga rata. Bila telah agak garing sedikit masukkan ayam sambil digaulkan hingga rata. Kemudian bila telah cukup pekat bolehlah diangkat. Takmau angkat pun takpe, biar je kat situ eheheh...

Sukatan tu ikut suka nak letak berapa banyak pun bole ye..cili dan asam tu agak2. kene taste time masukkan dalam masakan. kalau tak nanti masam sgt lak. Selamat menjamu selera...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rendang Tok Moh






Apa ni Rendang Tok?..Rendang Tok Moh ke mende ni?.
ngeh ngeh ngeh..

Rendang ni selalunya org masak sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan. Tidak lengkap rasanya majlis tersebut tanpa Rendang Tok. Walaupun agak sukar untuk disediakan, namun ianya enak sekali. Generasi muda sepatutnya perlu mengetahui cara-cara untuk menyediakan Rendang Tok... 

Selamat Mencuba!!

Bahan-Bahan:

1. 1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul 


2. 3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik. 


3. 3 sm halia 


4. 2 sm lengkuas - dikisar hingga halus. 


5. 3 batang serai dimesin 


6. 30 sen cili kering 


7. 300 gm bawang merah 


8. 4 ulas bawang putih 


9. 2 kuntum bunga lawang 


10. 2 sm kulit kayu manis 


11. 2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa 
minyak. 


12. 1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga 
halus 


13. Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -
digoreng kemudian ditoskan. 


14. Sekeping gula melaka kecil. 


15. Garam secukup rasa.

Cara Membuatnya:

1. Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar. 


2. Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah 
dikisar sehingga naik bau.


3. Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga 
lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil
besama daging. Biarkan mendidih. 


4. Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu 
sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik.

5. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering. 


6. Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih. 


7. Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, 
dan dihias dengan daun salad dan cabai masak.




Ini bukan rendang..ini Tok Moh..

 ini lak Tok Moh tenet neh...heheh..baeekk punya moh on
 the net kasi laris meniaga online..ahah..(gambo hiasan der..)



                           

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Panggang Bermadu

yummy yummy ayam panggang madu..



Ayam Panggang Bermadu


Bahan-bahan:
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (sebaldi madu pun boleh kalau nak) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi. Sakit perut sindri tanggung..heheh) 
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....

Hiasan: Timun, tomato dan salad.

Cara makan: ikut sunnah, baca bismillah, jgn gelojoh..

ringkasnya..time belajo masak dulu head chef kata..
"lantoklah nak masukkan apa dalam kuali tu...." 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Bandung Muor delicious..

                               


Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning  

10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)  

1 labu bawang putih (diketuk)  

5 biji bawang merah  

½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)  

½ cawan udang hidup  
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)  
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)  
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)  
¾ - 1 cawan gula pasir  
3 - 4 cawan air rebusan daging  
1 sudu makan sos tiram  
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)  
Garam secukup rasa  
Minyak untuk menumis  
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.  
 Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.


Cara memasak:  


  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
  2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
  4. Masukkan sos tiram 
  5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat




Untuk menghidang: PERHATIAN: Mee ni bukan mee rojak atau mee udang. ini mee bandung. bancuh sepinggan2 baru sedap..kalau tak, soggy mee kembang dah tak sedap and rasa dia lari sket..tp kalau dah lapo..belasah je ar..syukur ada makanan..



  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
  5. Sapedek le apa lagi..nyummyyy..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS